Rahsia Aryan:
" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam"
Dari Abdullah Bin Umar
Kepentingan air tidak dapat disangkal lagi. Bermulanya hayat kehidupan ini adalah dengan air. 70% Komposisi tubuh manusia terdiri daripada air. Otak mengandungi 74% air, darah mengandungi 75% air, tulang mengandungi 22% air, gigi, 5% air, hati, 69% air sementara buah pinggang pula mengandungi 82% air. Anda boleh hidup tanpa makanan selama beberapa minggu, tetapi tanpa air kita akan ternyahhidrat dan mati dalam masa beberapa hari sahaja. Dengan hanya kehilangan 2% air di sekeliling sel boleh menyebabkan kekurangan tahap tenaga sebanyak 20% dan melumpuhkan mitokondria yang dianggap sebagai kilang tenaga di dalam tubuh kita.
‘ Dan Allah menurunkan hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan untuk menguatkan hatimu dan memperteguhkan dengannya telapak kakimu ‘
( Al Anfaal : 11 )
Badan manusia mengandungi 6 trilion sel, di mana setiap satunya terapung dan dipenuhi dengan bendalir. Air menghidrat dan menyalur ke berjuta-juta sel ini, dan ianya diperlukan untuk lebih 90% daripada proses biologi dan kimia yang berlaku. Tanpa air, darah tidak dapat mengalir, oksigen dan khasiat-khasiat tidak dapat diangkut, sisa-sisa kumuhan tidak dapat disingkirkan, dan organ badan serta proses tubuh tidak dapat berfungsi dengan lancar.
Menurut pemenang hadiah Nobel, Dr. Alexis Carrel, sel tidak perlu dimamah usia atau mati. Cecair yang mengelilingi sel yang akan menurun kualitinya. Jika anda kerap “memperbaharui” cecair itu, nadi kehidupan akan berdenyut selamanya.
Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan AIR atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita. Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku. .
Tindakan meminum segelas air, memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan. Pada mulanya hanyalah fikir nak minum. Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet.
FUNGSI AIR DALAM TUBUH MANUSIA
- Menguraikan dan membantu penyerapan nutrien makanan untuk dibekalkan kepada sel.
- Membantu pembuangan sisa-sisa metabolisma tersebut.
- Mengawal atur kepekatan darah.
- Sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran antara sendi.
- Mengawal atur suhu badan, tekanan darah dan pH tubuh.
- Mengurangkan tekanan dalam tubuh badan menyelaras ketidakseimbangan pada bahagian buah pinggang dan limpa yang disebabkan tekanan.
- Melindungi kelembapan dan kekenyalan kulit serta melambatkan proses penuaan.
Sel-sel badan bergetar dan berdenyut-denyut ke sistem yang kompleks dalam frekuensi berharmoni. Getaran kehidupan ini menjadikan sel-sel berinteraksi di antara satu sama lain dan melakukan pertukaran biologi dan kimia. Sebarang gangguan pada getaran berharmoni ini boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan penyakit.
Air hidup bergema dengan getaran bertenaga dari badan anda. Apabila anda minum air hidup, ianya menguatkan, menjalankan dan mengekalkan tenaga hidup anda. Minum air mati adalah sebaliknya pula, mempunyai kesan bahaya disebabkan badan anda perlu menggunakan tenaga yang berharga untuk "menghidupkannya" dan memberinya tenaga sebelum ianya boleh digunakan oleh fungsi tubuh.
Air hidup menawarkan oksigen yang banyak yang sedia ada untuk sel anda. Ianya juga menambah oksigen yang anda sedut dimana ianya amat membantu jika anda bernafas dengan udara yang tidak berkualiti atau disebabkan penuaan atau kesihatan yang kurang memuaskan menjadikan pengambilan oksigen anda semakin lemah.
Seperti air yang mengalir menerusi bumi, ianya mengumpul mineral dan mineral yang dikesan diperlukan untuk mengetuai dan menjana berbilion-bilion dorongan elektrik yang halus di dalam badan. Tanpa dorongan ini, tiada suatu otot, termasuk jantung anda, boleh berfungsi, atau perkembangan dan baik pulih dilaksanakan. Dr. Linus Pauling, pemenang Anugerah Nobel sebanyak dua kali, menyatakan: "Anda boleh mengaitkan setiap kesakitan dan penyakit dengan kekurangan mineral".
Mineral dan mineral yang dikesan di dalam air adalah yang terbaik untuk anda kerana ianya adalah dalam bentuk ionik - bentuk paling bio-bersesuaian pada sel-sel anda (lebih baik daripada mineral pekat).
RAHSIA MINUMAN ARYAN
Rahsia minuman ARYAN terletak kepada kombinasi kandungan rahsia unik didalam setiap botolnya terdapat kemuliaan dan Mukjizat syifa dari Air Zam Zam melalui terapi getaran aura kehebatan Al-Quran dan Doa-Doa Syifa pilihan.
Maksud dari sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas adalah berkah air zam zam tercapai sesuai dengan niat peminumnya.
Jika dia meminumnya agar kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya. Jika dia meminumnya untuk berubat, niscaya Allah akan menyembuhkannya. Dan jika dia meminumnya untuk memohon perlindungan kepada Allah, niscaya Allah akan melindunginya. Demikianlah, dengan menghadirkan niat yang baik ketika meminum air zamzam, niscaya apa yang diniatkan oleh peminumnya akan tercapai dengan karunia Allah ta’ala, Zat yang memberikan karunia kepada siapasaja yang dikehendaki-Nya, karena Allah-lah pemilik karunia yang sangat besar.
Al-Manawi ketika menjelaskan lafadz hadits «شِفَاءُ سُقْمٍ» “ubat bagi penyakit”, mengatakan, “Air zamzam itu merupakan ubat bagi segala penyakit apabila diminum dengan niat yang baik dan rahmaniyyah (sesuai tuntunan Allah).”
Terdapat beberapa hadits yang menerangkan keberkahan air zamzam dan anjuran untuk meminumnya. Diantaranya adalah sebagai berikut : Sabda nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
إِنَّهَا مُبَارَكَةٌ وَهِيَ طَعَامُ طٌعْمٍ، وَشِفَاءُ سُقْمِ
Air zamzam itu mengandungi berkah, makanan yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit.
Sabda nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
خَيْرُ مَاءٍ عَلى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ
Air terbaik di permukaan bumi adalah air zamzam yang mengandung makanan dan ubat suatu penyakit.Nabi saw menjelaskan:
”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. dengan air Zam-zam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk
juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."
Disebut oleh pengarang kitab al-'Aqdus Sameen, bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zam-zam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri oleh gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair al-Fasi.
Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas maknanya: “ barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu. Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya". (Lihat Tahzibul Asma Wal Lughat 3/139).
Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas maknanya: “ barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu. Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya". (Lihat Tahzibul Asma Wal Lughat 3/139).
Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah (lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu?" Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Air Zam-zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.
AIR MINUMAN ARYAN
Minuman unik ARYAN ini ternyata memiliki ramuan terbaik dan tiada tandingan (kecuali air zam-zam). Kunci kekuatan dan kehebatan air ARYAN INI terletak kepada kandungan 2T iaitu TERAPI dan TENAGA.
Gabungan bahan asas di dalam ARYAN telah mencernakan semula makna air minuman dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya ARYAN telah merevolusikan semula fungsi air minuman untuk kecergasan dan penyembuhan.
Gabungan bahan iaitu mineral dalam air zam-zam dan laras jiwa melalui gelombang terapi Al-Quran dan Doa-Doa Syifa pilihan yang didoakan oleh guru-guru,ulama'-ulama'dan para solehin yang lagi soleh dan wara' telah memberikan satu tanda aras baru kepada jenis air minuman yang patut kita minum.
Kombinasi bahan unik dan ini ternyata telah membentuk fussion kepada aktiviti sel di dalam tubuh. Fungsi kilang tenaga iaitu mitokondria dipertingkatkan sehingga beribu kali ganda dan natural killer (NK) dalam tubuh juga dipertingkatkan sehingga memperkuatkan fungsi 2T iaitu TENAGA dan TERAPI kepada seseorang.
CARA KERJA ARYAN MELALUI BAHAN ASASNYA
- Cara kerja ARYAN ternyata menakjubkan iaitu meningkatkan aktiviti BIO ELETRIK tubuh dengan menyelaraskan kerja melalui pusat saraf iaitu OTAK. Makanan sunnah dengan sukatan yang tepat menurut fisiologi tubuh ini akan mengaktifkan elektrolit tubuh melalui pembekalan mineral ionik yang berkualiti tinggi hingga turut mengaktifkan impuls – impuls pada pineal glands yang meningkatkan hormon melatonin dan menggerakkan isyarat spinal cord yang secara biologi mengaktifkan ‘natural killer’ (NK) di dalam tubuh badan kita. Sehubungan itu, aktiviti mineral ionik yang tinggi melalui ARYAN juga mengaktifkan ‘kilang tenaga’ iaitu mitokondria dengan meningkatkan metabolisma tubuh dan menyelaraskan pembakaran tenaga.
Suplemen mineral ionik di dalam ARYAN berskala ‘sub atomic particles‘ juga sangat cepat penyerapannya kerana sel menjadi sangat halus sehingga memudahkan sinergi zat-zat makanan kepada tubuh badan baik untuk tujuan penyembuhan mahupun untuk tujuan kesihatan total. ARYAN ternyata membekalkan vitamin mineral sangat penting untuk peredaran darah dan sistem limfatik yang menghubungkan semua sistem tubuh. Air, vitamin, mineral, serta nutrisi lainnya meresap dalam dinding kapilari sambil membersihkan dan memberikan makanan pada sel-sel yang ada (bioenergi sel). Mineral ionik yang mudah larut akan melahirkan tekanan osmotik dan elektromagnetik yang memudahkan berbagai nutrisi saling bertukar melalui kapilari dan dinding sel.
PENGATURAN MOLEKUL AIR DALAM ARYAN
1. ARYAN mengaktifkan molekul air, memecahkan klusternya dan menjadikan molekul air sangat kecil (2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah) dan ini memudahkan mineralnya terurai serta memudahkan penyerapan mineral tersebut untuk mengaktifkan metabolisme tubuh.
2. ARYAN meneutralkan segala macam asid dan kimia berbahaya yang terdapat di dalam air minuman.
3. ARYAN dengan gabungan mukjizat sunah, mempertingkatkan energi elektron dan melakukan pengaturcaraan kembali sel elektron ke atas air minuman memberikan kesan maksimum kepada elekrolit tubuh.
4. ARYAN menjadi agen detoksifikasi yang paling sempurna untuk bekerja menyingkirkan segala kesan negatif dari makanan dan persekitaran tercemar.
5. ARYAN menjadikan darah anda sebagai ‘sistem pengangkutan oksigen ‘ paling efisien. Darah yang cukup dan beroksigen tinggi adalah darah yang sihat sekaligus menjadi penebat kepada segala bentuk penyakit berbahaya seperti penyakit kardiovaskular (jantung) dan kanser. Darah yang beroksigen tinggi juga akan mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan penyakit kronik.
6. ARYAN menjadi catalyst untuk mewujudkan keseimbangan (equilibrium) antara kalsium dan iodin di bahagian tiroid untuk mereka yang sangat kurus atau yang mengalami obesiti.
7. ARYAN akan mencerna kulit yang sihat, gebu dan awet muda kerana peneutralan air minum sehingga mewujudkan keadaan alkali yang tinggi menjadi agen rejuvenasi (menghidupkan kembali sel) yang sangat berkesan.
8. ARYAN mengaktifkan mitokondria dan menjadikan tubuh memiliki potensi hidroelektrik yang tinggi. Keadaan ini akan membolehkan degupan jantung diatur semula dan menurunkan tekanan darah hingga menjadi normal. Sementara penggunaan tenaga oleh tubuh badan akan disusun berdasarkan keperluan tenaga seseorang.
9. ARYAN sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang. Tulang juga terdiri daripada 22% air. Osteoporosis dan arthritis banyak berpunca dari masalah kekurangan garam berkualiti.
10. ARYAN ‘bekerja’ mengimbangi semula darah yang telah teroksida dengan mengubah, memecah, menguraikan unsur pemakanan menjadi zat nutrien dalam partikel yang sangat halus bagi memaksimakan potensi getaran.
FUNGSI AIR MINUMAN ARYAN (semua adalah dengan izin Allah atas sebab segala sesuatu)
1. Mengimbangkan tekanan darah.
2. Meningkatkan kekuatan badan dan oksigen di dalam badan.
3. Menguatkan struktur tulang
4. Kardiovaskular.
5. Angin Ahmar, migraine, kencing manis, darah tinggi, gout, batu karang
6. Kecantikan dan kesihatan kulit dan dalaman
7. Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
8. Menganjalkan saluran darah
9. Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah
10. Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang
11. Melaraskan kelancaran sistem saraf
12. Membantu pembaharuan semula sel-sel
13. Membantu pergerakan otot-otot usus
14. Keseimbangan mineral mensinergikan sistem metabolik dengan lebih sempurna
15. Menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketisakseimbangan mineral
16. Membantu penyerapan vitamin dengan lebih sempurna
17. Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit
18. Membantu menguatkan tenaga batin
PENDAPAT PARA SARJANA
‘ Saya telah menggunakan lebih 5000 gelen air dalam hampir semua jenis masalah kesihatan dan ia sangat bermanfaat dan mujarab’. (Dr. Theodorebaroody,penulis buku Alkalize or Die)
‘ Meminum empat hingga lima gelas setiap hari membantu mengimbangi tahap kesihatan anda. Air alkali bertindak seperti vitamin C, E dan beta karotene yang menjadi anti oksidan disebabkan kandungan elektron bebas yang banyak yang membantu tubuh melawan penyakit‘ (Dr. Susan Clark, penulis buku Chemistry of Success)
‘ Dengan meminum air, jam penuaan boleh diperlahankan’. (Dr Robert Atkins)
Secara amnya, kombinasi formulasi Aryan telah mencernakan satu revolusi yang sangat hebat dalam rangka usaha menterjemahkan air minuman harian kepada satu bentuk minuman biosel yang sangat menakjubkan.
Komponen mineral yang lengkap pada molekul Air Zam-Zam menjadikan minuman ARYAN menjadi satu bentuk minuman yang baik untuk semua lapisan masyarakat. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa garam galian sangat penting untuk kelangsungan sistem biologi tubuh.
Galian mineral dalam Air Zam-Zam adalah bahan-bahan berstruktur-mudah yang memainkan peranan dalam fungsi metabolik. Banyak galian-galian yang menjadi komponen enzim-enzim, pemangkin dalam reaksi kimia badan. Disamping itu galian mengatur dan mengawal fungsi asas atau fungsi biasa tisu-tisu, otot-otot dan organ-organ manusia dan haiwan. Contohnya, natrium dan kalium memainkan peranan penting, yang utama, mengawal keseimbangan cecair badan. Kalsium bertindak sebagai komponen utama struktur gigi dan tulang. Zat besi membawa oksigen ke seluruh badan.
Tisu-tisu semua hidupan adalah terdiri daripada 4 unsur utama: oksigen, hidrogen, karbon dan nitrogen. Empat elemen ini adalah konstituen utama lemak, protin, karbohidrat dan air, sebatian-sebatian utama tisu manusia dan haiwan. Apabila tisu manusia dan haiwan dibakar, gas dilepaskan. Abu yang tinggal itu adalah baki galian-galian yang terkandung dalam tisu-tisu.
Galian utama: Tisu memerlukan kuantiti banyak sesetengah galian seperti kalsium, magnesium, fosforus, natrium, klorid, kalium dan sulfur. Galian-galian ini yang diperlukan dalam kuantiti besar dinamakan galian-makro.
Galian-galian lain yang penting untuk kesihatan dikenali galian-trace(surih), atau galian-mikro. Galian-mikro yang telah diiktiraf sebagai penting bagi kesihatan adalah kromium, kobalt, kuprum(tembaga), florid, iodid, ferum(besi), manganese, nikel, selenium, silicon dan zinc.
Oleh sebab manusia dalam dunia serba pantas hari ini tidak mempunyai masa untuk memakan makanan yang baik, yang seimbang, yang memiliki kandungan nutrien yang tinggi, adalah perlu kita menambah vitamin dan galian ke dalam diet. Adalah mustahak bagi kita mendapatkan produk berkualiti dalam bentuk mudah dan cepat diserap.
Maka di sini ARYAN tampil mengisi lompang kekurangan nutrien yang kita tinggalkan dalam diet seharian kita itu.
Aryan bertapak di Penang Space Festival With NASA 2012.Bersama Peter Falcon pakar Saintis NASA Globe Instructor,Jet propulsion Laboratory NASA,di USM Pulau Pinang.
Aryan telah bersama sama membantu menjayakan program Penang Space Festival Witha NASA 2012 di USM Pulau Pinang.Bersama dengan Jaya Bajpayee Programme Executive Operating Mission & Physic Division NASA Headquarters.
Aryan telah bertapak di Bumi berakah Madinah pada 20 Feb 2012 hingga 6 Mac 2012 bersama jemaah dari Utara Kedah dan Pulau Pinang bersama Al-Nile Travel.
Aryan berada bersama jemaah dari Arab Saudi di Masjidil Haram
Moga Allah membuka lebaran perjuangan Aryan didalam Jihad Ekonomi Muslim dalam membetuk Ummah yang lestari.Amin.
April 4,2013......Amin,Insyallah.
No comments:
Post a Comment