Aryan merupakan satu penjenaman revolusi produk Muslim yang halal lagi bersih.Mengeluarkan produk sulung yanng terdiri daripada Air Syifa iaitu air terapi melalui getaran aura mukjizat Al-Quran,Doa-doa syifa pilihan dan keberkatan dan kemuliaan mukjizat Air Zam Zam.
Kualiti pengeluaran produk ini dikawal ketat oleh panel penilai kualiti dari Universiti Sains Malaysia untuk memastikan produk ini bermutu,berkualiti dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Disamping itu juga pihak pentadbir Aryan bersama sama mengajak para pengguna untuk membantu berkongsi menjayakan perjuangan bagi meningkatkan industri hub halal yang berteraskan perjuangan sebenar.Sebahagian dari hasil jualan produk akan disumbangkan kepada asnaf yang memerlukan,samada anak-anak yatim,ibu ibu tunggal,orang orang yang fakir dan miskin,orang orang didalam fisabillilah dan yang dirasakan layak untuk diberikan bantuan dan pertolongan.
Hasrat para pentadbir Aryan adalah menambah baik industri hub halal yang sediaada yang tidak ada didalangi oleh unsur unsur syak dengan meletakkan Redha Allah mengatasi segala galanya.Keperluan produk halal terutamanya Air Syifa sekarang ini menjadi trend yang cukup popular dan bercambah dengan kemunculan segala jenis produk yang menggunakan terapi Al-Quran sebagai base atau bahan utama sebagai penarik.Menjadi persoalannya adakah semua produk ini mendapat kelulusan dari pihak berkuasa atau sekadar syarat untuk mengeluarkan dan memasarkan produk tanpa melalui proses penapisan kualiti yang diluluskan oleh badan badan yang diiktiraf dan sah.Harganya pula tidak setara dan sekata..adakakah nilai Al-Quran dan Keberkatan Air Zam Zam boleh diniagakan?.
kami bukan pakar untuk menjawab persoalan diatas..ini sekadar cetusan persoalan yang menarik minat pihak pentadbir Aryan untuk mencetuskan revolusi produk halal bagi membantu untuk meningkatkan dan menjayakan Jihad Ekonomi Muslim yang telah lama dipelopori dan telah dirintis jalannya dengan penuh kasih dan sayang oleh Baginda Rasulullah s.a.w ,sahabat sahabat Baginda,para tabiin,aulia dan ulamak ulamak yang lagi alim dan warak.
Ada dua nikmat Allah yang kebanyakan manusia terpedaya di dalamnya,iaitu kesihatan dan kelapangan waktu...Ibnu Abbas..